Oleh Mohd Fakri Awang Lah ALOR GAJAH, 15 FEB: Kerjasama erat antara negara-negara Asean, khususnya Malaysia dan Indonesia terus menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan perairan di Selat Melaka yang juga laluan maritim strategik dan titik sempit penting bagi kawalan kedaulatan...
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan operasi, teknologi dan kerjasama strategik selaras cabaran maritim global yang semakin kompleks, kata Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.
ALOR GAJAH, 9 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak, tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan hampir 52,000 penggeledahan ke atas vesel yang disyaki, dengan 1,317 tangkapan melibatkan nilai rampasan hampir RM79 juta sepanjang tahun 2024.
SHAH ALAM, 17 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup 50 batang kayu bakau berdekatan Jeti Pulau Ketam, Klang dekat sini semalam.
SHAH ALAM, 22 NOV: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kelas C bersama 11 kru warga asing kerana melanggar syarat sah lesen di sekitar perairan Tanjung Sauh, Sabak Bernam, semalam.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah kapal pasir yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.4 batu nautika tenggara jeti Sungai Kembung di Pulau Indah, Klang pada 2.18 pagi tadi.
PUTRAJAYA, 3 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaksanakan strategi antaranya pertambahan aset laut dan udara serta penambahan sumber manusia dan teknologi terkini dalam menangani isu pencerobohan di perairan negara.
SHAH ALAM, 28 JULAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menyita alat tangkapan ikan seperti ambai dan belat yang dipasang secara haram di sekitar perairan Kuala Langat menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula 25 Julai lepas.
SHAH ALAM, 27 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang dekat sini pada 8.32 malam semalam.
BATU PAHAT, 22 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menambah aset udara serta meluaskan kawasan pencarian bagi mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Tanjung Segenting, di sini semalam.
BATU PAHAT, 22 JUN: Maritim Malaysia memperluas kawasan pencarian untuk mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Segenting semalam.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Kotak hitam helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas ketika melaksanakan latihan menyelamat di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor pada 5 Mac lalu ditemukan petang tadi selepas 44 hari pencarian.
KOTA TINGGI, 15 APRIL: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kayu bersama lima kru warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri besi buruk di perairan Johor Timur, semalam.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak 8.30 pagi semalam.
LAHAD DATU, 7 APRIL: Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu cedera dalam kejadian tembak menembak di perairan Kunak pada 8.40 pagi tadi.
PUTRAJAYA, 6 MAC: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Selangor semalam, berjaya dibawa naik dengan bantuan syarikat penyelenggaraan pesawat udara agensi itu 12.15 tengah malam tadi.
SHAH ALAM, 6 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan di perairan Sekinchan Ahad lalu atas beberapa kesalahan termasuk memiliki dadah.
KUALA SELANGOR, 5 MAC: Bangkai helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa di sini pagi tadi dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian lewat petang ini.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan helikopter jenis AW139 kendaliannya melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.